Saturday, November 22, 2008

PERTANYAAN UMUM YANG SERING BERLEGAR MENGENAI AL-QURAN

Al-Quran memang sentiasa menjadi penasihat peribadi kita. Penasihat peribadi ini bukan sahaja memberikan nasihat yang tepat, tetapi ia juga lebih seperti rakan rapat yang sangat mengetahui rahsia kehidupan kita. Maka selalu sahaja terjadi, setiap muslim akan mengalami perasaan luarbiasa ketika berkomunikasi dengan kalam Ilahi ini. Mungkin ketika sedang membaca Al-Quran, kita merasakan seakan - akan kitab ini sedang diturunkan kepada diri kita sendiri, secara langsung, halaman demi halaman, dengan setiap surah berikutnya perlahan - lahan mempengaruhi diri kita. Kita merasa tenggelam, dan begitu asyik dengan dialog bersama kitab suci ini, suatu dialog yang paling tulus dan sejati, komunikasi langsung tentang sifat – sifat Ilahi, bergabung pula dengan rahmat, kasih sayang, kebaikan dan pengetahuan, yang bersifat keTuhanan dan kemanusiaan, yang sempurna dan tidak sempurna, yang mencipta dan yang dicipta, dari Allah kepada manusia. Bagi sesetengah orang, situasi seperti ini selalu sahaja mereka alami kerana ‘akrab’nya mereka dengan Allah, batin mereka telah terhias dengan berbagai kelazatan dan karamah.

Kita merasa takjub dengan pengalaman tersebut, seolah – olahnya mereka begitu asyik hingga sampai ke tahap “ Wahai kitab yang paling suci, aku akan membacamu seribu kali sehari”. Tetapi apa yang menyebabkan mereka memiliki keupayaan yang dikira begitu luar biasa itu?

Bagi saya, inilah contoh sebenar erti sebuah cinta yang begitu tulus dan suci. Cinta yang telah menimbulkan hubungan yang begitu mendalam antara seorang hamba dengan Tuhannya. Tetapi sebelum cinta sejati ini dapat dijelmakan, kita perlu mengenali lebih rapat denganNya, cuba memahami setiap kata-kata yang disampaikanNya melalui Al-Quran. Dan agar rasa ‘takjub’ itu dapat lebih dirasai, kita perlu rungkaikan dahulu segala keraguan agar cinta yang berputik disemai dari cinta sejati.

Saya telah menemui beberapa kemusykilan dan pertanyaan yang sering dikemukakan mengenai Al-Quran. Soalan ini kadang-kala ditanya secara individu, atau melalui sesi ceramah dan kuliah yang saya sampaikan. Disini saya menyenaraikan beberapa persoalan utama untuk membantu anda memahami Al-Quran dengan lebih tepat dan mendalam.

0 comments:

 

2013 © NO DAY | BUT TODAY

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host