Sunday, June 28, 2009

WARNA-WARNA AURA

Aura… adalah pusat tenaga di dalam badan kita. Ianya terbentuk daripada set pusat tenaga gelombang tinggi dan sensitivity yang menyelubungi atau dalam ruang lingkup setiap makhluk yang bernyawa.

Aura mempunyai warna yang berbeza-beza dan setiap warna itu mempunyai erti yang tersendiri. Paling utama adalah untuk kita memastikan supaya warna-warna tersebut tetap terpelihara.

BIRU – bererti keseimbangan-balanced. Warna ini menyokong kehidupan, meringankan sistem saraf.

Kebiasaannya, sesiapa yang memiliki warna biru dalam auranya, adalah seorang yang tenang, rileks, seimbang dan selalu dalam keadaan bersiap sedia ketika menghadapi cabaran hidup. Mereka ini dilahirkan sebagai seseorang yang pantang menyerah kalah.

BIRU FIRUS – warna ini menunjukkan dinamik, keperibadian yang tinggi sehingga boleh mempengaruhi orang lain. Sesiapa yang mempunyai auranya warna ini, dapat mengerjakan segala hal secara serentak dan biasanya dia adalah seorang pengurus yang baik. Namun mereka juga mudah bosan jika dipaksa untuk menumpukan atau focus kepada sesuatu perkara sahaja.

UNGU – warna ini mewakili spiritual. Kebiasaannya warna ini tidak dominan dalam aura. Ia hanya berbentuk seperti awan atau percikan warna yang hanya sementara.

KUNING – Ia adalah warna kebebasan, warna yang tidak terikat. Mereka yang auranya dominan berwarna kuning ini adalah seorang yang selalunya gembira, seorang yang dermawan.

OREN – warna ini melambangkan inspirasi, tanda kekuatan. Mereka yang auranya warna ini memiliki kemampuan atau keinginan untuk mengawal orang-orang di sekelilingnya.

HIJAU – warna yang menenangkan, seseorang yang aura dominannya hijau, biasanya mudah sembuh daripada penyakit secara semulajadi. Mereka juga biasanya gemar berkebun kerana apa sahaja tanaman yang ditanam pasti menjadi.

MERAH – melambangkan fikiran yang agak materialistic.

MERAH JAMBU – warna cinta. Warna ini menunjukkan seseorang itu mendapat keseimbangan yang sempurna antara kesedaran spiritual dan kebendaan.

0 comments:

 

2013 © NO DAY | BUT TODAY

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host