Thursday, June 4, 2009

Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga


Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i,
melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia
terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.

Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah
khemah.
Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan
penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita.

Dia meminta air. Wanita itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku
persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin,
ambillah". Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada.

Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya.
Wanita
itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang
datang
itu lebih mudah disebut "manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan
menakutkan.

Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun
perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki
suaminya,
menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk
ke
khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia.
Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu
untuk
melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama
itu
terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah
telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan.

Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh
agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya
lagi,
yakni bersabar."


Empat Bidang Kesabaran

Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam
kisah
di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada
suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh
rasional.

Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam
pernikahan
setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat
ditentukan
oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri.

Makin banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula
bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang
dimiliki, maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.

Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila
sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran
kita
harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita
miliki
dalam menjalani pernikahan?


Ada Empat Macam Bidang Kesabaran

Pertama :

Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan
terakhir
setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan
pasangan.
Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan
kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya.

Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya
dengan
penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi,
bukan untuk saling mengalahkan.

" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang
membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang
ramai
dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
"


QS An-Nisaa' : 1

Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh
kesah
pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh
kesah
selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa
sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu
saat rupa tersebut akan menghinakannya.

Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika
belum
menikah, pasangan kita begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka
kecantikan itu akan semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali
setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan
bertahan
lama.

Kedua :

Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai
pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya
samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai.

Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk
menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja
yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil
bahtera
rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.

Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza,
sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata
mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan
RasulNya.

Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya.
Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi pada suatu
saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri yang tidak
taat
dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah dan bahagia.

Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia.
Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar
tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat
seseorang
meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai
dalam
sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami isteri
memutuskan
untuk bercerai.

Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana
sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka
kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan.

Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang
Maha
Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;

"Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh
yang
Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia
dibumi
maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".

Ketiga :

Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki
yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah
Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang
kita
dapatkan .

Allah SWT berfirman ;

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat)
kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya
azabKu
sangat pedih "

QS Ibrahim : 7

Keempat :

Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah
hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali
bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang
nikah bukan aku , tetapi kami .

Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua
memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan catatan anaknya harus saling
mencintai . S esiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia
mempunyai
dua ayah dan dua ibu . Ia pun harus bersedia menghormati mertua
sebagaimana
menghurmati kedua orangtuanya.

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang
membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang
ramai
dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

QS Az-Zumar : 10

S abar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10,
Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar.
Sesungguhnya
hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa
batas.

W allahua'lam.

0 comments:

 

2013 © NO DAY | BUT TODAY

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host