Tuesday, June 23, 2009

Bulan REJAB menjelang

Salam sejahtera saudara-saudari seIslam semua,

1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada
kaum
muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape"
kediaman kita diakhirat kelak,
amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di
Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya
adalah perjuangan kaum Muslim.

BULAN REJAB AKAN TIBA PADA 24 JUNE 2009 = 1 REJAB 1430H BANYAK
FADHILAT PADA BULAN INI..MARI LAH KITA SAMA-SAMA MENUNGGU
KEHADIRANNYA..WALALLAHU ALAM..

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan
diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang
yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun
perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan
baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat
ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam
kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran
dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di
Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada
bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada
fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya
mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7
pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu
Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak
ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang
seperti kilat diatas titian
Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya
hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap
satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa
100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah
di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi
Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah
mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya
yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal
daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang
lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas
dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti
berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah
bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang
Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai
yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang
yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

0 comments:

 

2013 © NO DAY | BUT TODAY

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host