Wednesday, June 24, 2009

:bomoh kisah benar, Lian Seng garden...Kluang..Johor

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Kluang pada tahun 2009.
Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca
budiman. Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Lian Seng garden...Kluang..Johor . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama benar dirahsiakan
bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di
kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh
kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik ,
beliau akan berjaya. Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui
rumah Omar. Budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar
seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah
didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding
yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan
cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhir nya dia
ketemu, dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah
Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan
tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh
kain
>>putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat
mahkluk itu seperti memandang kearahnya.

Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada
bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama
mengetahui perihal Omar... Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan
hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit
Beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau
akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Bapanya
berkata ia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung. Pada
Malam ersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti
merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi
membuatkan dia rasa begitu kata hatinya. Selepas makan Salleh terus masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat
berat sekali... Salleh pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi
suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang
diingatinya. Akhirnya dia dapat berteriak memanggil bapanya. Kemudian dia
pengsan. Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan
orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya
menghampiri nya sambil tersenyum dan berkata sabar segalanya telah
berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besok nya apabila dia sedar dia
melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang
ingin ke masjid. Dia menanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menjawap
nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar.
Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya
sambil mengorak langkah kebilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun
mengikuti bapanya. Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang
mengali kubur.

Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik .... apa ni!!!
Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya Salleh cuma
melihat dari jarak beberapa kaki dari kubur tersebut. Dia melihat
orang-orang dewasa seperti mengangkat sesuatu. Melihat dari mimik muka
mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar jadi sesiapa
yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas
tol :
0197005970
Kerepek Ubi Pedas - £2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - £2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - 50p sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - 50p sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di North Yorkshire sahaja. VAT
sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI...
SAPER........... NAK BELI UBIIIII..... hehehehehe kekeke

0 comments:

 

2013 © NO DAY | BUT TODAY

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host