Wednesday, June 24, 2009

Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

> Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat
> menikmati buah tamar
> sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu
> kewajipan bagi setiap
>
>
> rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred
> yang paling rendah
> atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure'
> Madinah yang berharga
> RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada
> bulan ramadan harganya
> menjadi lebih mahal. Tamar
>
> juga menurut kajian sains merupakan buah yang
> khasiat dan kandungan
> gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu
> mendengar kisah2
> Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon
> tamar punya sejarah
> yang cukup unik dan masih ramai tidak
> mengetahuinya.Syukur dengan berkat
> mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan
> umrah semasa
> pengambaran
>
> Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya
> pada saluran RTM
> bulan
>
> ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu
> lagi
> cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari
> Tuan Haji Isa Darus
> atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar
> dalam
> Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long ,
> asal-usul kejadian pokok
> tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah
> s.w.t. ciptakan Nabi Adam
> a.s.
>
> Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam.
>
> Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s.,
> Siti Maryam telah
> diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan
> pohon tamar yang terdapat
> di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah
> buah tamar masak dan di
> makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang
> pertama tamar menjadi ubat
> berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat
> mengalas perut untuk
> mengumpul
>
> tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan
> tamar, tanpa tumbuhan
> herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan
> kelahiran Nabi Isa a.s.
> itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar
> jantan di sebelah
> pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat
> hasil buah tamar yang elok
>
>
> ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin
> bunga' (melakukan proses
> pendebungaan betina dengan
>
> debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di
> antara tamar jantan
> dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi
> pohonnya, berdaun keras
> menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah
> sedikit dan daunnya
> dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar
> jantan berbunga
> setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya
> bunga jantan ia
> mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini
> ketika tamar betina
> mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka
> yang berbangsa Arab)
> akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
>
> proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua
> tiga ranting bunga jantan
>
>
> kepada setandan bunga betina yang terkembang dari
>
> tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar
> yang elok
> berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan
> manusia, tidak boleh
> melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
> Pokok tamar tidak akan
> berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh
> tangan manusia. Buah
> tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari
> 55oC.
> Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum
> manakala bulan ogos adalah
> musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi
> sebuah kebun memadai ada
> beberapa batang sahaja pokok tamar jantan
> berbanding dengan ratusan
> pokok
>
> tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon
> tamar jantan boleh
> digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan
> tandan pada pokok
> tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada
> setiap pokok terlalu
> sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di
> tempat yang kering untuk
>
>
> kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya
> masih ada. "Allah s.w.t.
> jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan
> sepanjang ia berada
> di
>
> atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung
> yang mematuk
> atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.
> Allah s.w.t pelihara
> dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh
> tangan manusia. Di Madinah
>
>
> hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan
> turun naik ke atas
> pokok
>
> tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa
> lain tak mampu, tenaga
>
>
> tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
>
> Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami
> juga bingung kenapa
> keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini,
> lalu Mak Long Normah
> Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu
> jantan, "Gosok pada
> tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air
> mani," kata kami
> tergamam.
>
> "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua
> makhluk suka. Pokok tamar
> kalau mahukan buahnya elok, ia mesti
> disenyawakaan oleh tangan manusia,
> sebab pokok ini Allah s.w.t.
>
> jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam
> a.s. " "Ringkasnya, dia
> umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu
> kita tak
> boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w.
> dan Nabi-Nabi lain
> sangat
>
> sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik
> buah
> yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar
> kerana ia sebahagian
> dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar
> ingat-ingatlah asal
> kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah
> s.w.t. nak pelihara
> kesuciannya di samping mudah untuk kita
> menguruskannya dengan kelebihan
> cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat
> atau semut kerana bumi
> barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

0 comments:

 

2013 © NO DAY | BUT TODAY

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host