7 ALASAN MANUSIA ITU
Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?
cuba kita lihat, dan manakah pilihan kita?
1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX,
maka pasangan rajin bertengkar jika
servis di kamar tidur tidak memuaskan.
2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA,
maka pasangan bakal cerai jika bankrup.
3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT,
maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk NYA .
Dan ALLAH mencintai hamba NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
Orang yang banyak gelak itu kurang wibawanya..
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina..
Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyintainya.
Renungkanlah teman-teman…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment