Wednesday, August 25, 2010

KAEDAH BERSULUK

Thariqat paling afdhol: Thariqat Khalawatiyah

Syarat mengikuti Thariqat ahli sufi:

A. Bertaqwa (takut) kepada Allah;
dengan meninggalkan segala maksiat zahir dan batin serta meninggalkan ketaatan yang zahir dan batin.

B. Senjata;
Membanyakkan zikrullah untuk melenyapkan Nafsul Ammarah.

C. Kenderaan;
Himmah yakni bersungguh-sungguh tanpa lalai, lupa, malas, letih untuk mendapatkan ma’rifat allah dalam martabat muqarrabin.

D. Muallim menunjukkan jalan;
Guru mursyid yang menyucikan zahir batin hatinya.

E. Rakan yang ikut sama;
Dapat mengerjakan ratib, zikir dan bekerjasama dalam kebajikan.

F. Kewajipan;
Wajib jika mahu bersuluk mengetahui perkara yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah swt sekadar yang Fardhu Ain.
Wajib mengetahui Ilmu Feqah sekadar yang Fardhu Ain.
Wajib mengamalkan segala Aurad dan Ratib Thariqatnya dengan lengkap dan sempurna.
Apabila ketinggalan hadir perhimpunan orang yang berzikir atau mempelajari ilmu bermanfaat hendaklah keji dirinya.

G. Wajib melakukan empat perkara;
1.Berlapar
Mengurangkan makan supaya menjaadi putih hatinya dan meringankannya serta hati menjadi lembut dan membukakan mata hati melihat Allah.

Abdal=Aulia dengan sebab : mengosongkan perut, berjaga malam, berdiam diri dan mengasingkan diri dari orang ramai.

2.Sahar (berjaga malam)
Hendaklah mengurangkan tidur dan membanyakkan melakukan ibadah bagi menerangkan hati. Banyak tidur menyebabkan hati menjadi keras, malap dan mati dari menerima hidayah.

3.Shamt (melazimkan berdiam diri)
Menahan lidah dari berkata-kata dengan perkara sia-sia dan menahan hati dari lintasan mengenai sesuatu.
Melazimkan berdiam diri akan mewarisi ma’rifat allah.

4.Al-Khalwah (Bersendiri)
Menjauhi orang ramai dan bersunyi sendirian dengan seluruh jasmani.
Menyelubungkan kepala dan memejamkan mata supaya khusyuk.
Berkhalwat disertai dengan berlapar, berjaga, berdiam diri tanpa berkata-kata,
maka lidahnya menuturkan kalimah ALLAh ALLAh atau LAA ILAA HA ILLALLAH atau menuturkan zikir yang ditalkinkan syeikhnya.

Diulang-ulang zikir dengan lidah, ia sampaikan pada hati. Kemudian lidah diam, berzikirlah di hati sehingga semata-mata kerana ingat Allah. Ketika itu terjadilah syuhud kepada Dzat Allah.

inilah kemuncak martabat Arifin dan Muqarrabin. Apabila di dalam khalwatnya nampak sesuatu datang janganlah dihiraukan dan hendaklah semata-mata ingat kepada Allah swt.

Orang yang berkhalwat sayugialah tidak mengamal ibadat yang lain daripada zikrullah kecuali solat lima waktu, solat sunat Ratibah dan solat dua rakaat wuduk.

Hendaklah bertalqin kepada Imam Ghazali, menghadir zikir tuhannya dengan menghayal jisim Nabi dalam hati, menggambar dalam hati rupa Imam Ghazali dan rupa syeikhnya siang dan malam.

Syarat khaifiat berkhalwat dan adabnya di dalam kitab Nafahatul Ilahiyah Fi Suluk At-Thariqah Al-Muhammadiyah oleh Syeikh Hunna Muhammad As-Samman.

Nota:
Ilmu Thariqat itu memada diketahui dan di amalkan mengikut apa yang terkandung di dalam kitab Minhajul Abidin karangan Imam Ghazali.

*Wahai orang yang mahukan kemenangan di akhirat,
Sifat keji dan perangai yang buruk di dalam hati itu ialah penyakit-penyakit dalam hati
yang hendaklah di ubati bersungguh-sungguh seperti mengubati penyakit zahir di tubuh badan.

Penyakit zahir tidak akan sembuh melainkan dengan mendapat ubat dari doktor atau tabib yang mahir dan biasa mengubati penyakit tersebut, Maka begitulah juga halnya penyakit hati tidak akan sembuh melainkan mengetahui Ilmu Thariqat yang memberi manfaat dan Ilmu Syari’at, Dengan permulaan perjalanannya bertaubat dari segala maksiat yang zahir dan batin dan belajar Ilmu Usuluddin setakat yang Fardhu Ain.

Keterangan mengenai jalan ke arah mendidik akhlak ada terdapat dari kitab Siyarus Salikin juz3

0 comments:

 

2013 © NO DAY | BUT TODAY

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host