17 TANDA-TANDA MATI DALAM KEADAAN BAIK
Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik):
1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.. Berpeluh didahi.
Sabda Rasulullah:”Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi”,
Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.
3.. Mati pada malam atau hari Jumaat.
Sabda Rasulullah “Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
i) Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali m! ereka yang masih ada urusan hutang).
ii) Diselamatkan dari seksa kubur.
iii) Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
iv) Diperhiasi dengan iman.
v) Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin – miskin ialah 49 bidadari).
vi) Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
6.. Mati kerana melahirkan anak.
7.. Mati kerana taun,
Sabda Rasulullah, “taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin”. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.
8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid,
sabda Rasulullah. Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid”.
Riwayat oleh Muslim.
9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
12.. Mati kerana sakit TB.
Sabda Rasulullullah, “orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.”
Riwayat Tabrani.
13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah.
Sabda Rasulullah :”Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) denga! n sebab apa – apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga”. Riwayat Daud.
14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah “Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.” Riwayat Abu Daud.
16.. Mati dalam bersiap – siap untuk berperang dijalan Allah.
17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah..
Berkata Abu Laith,
“Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia
melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
1.. Menjaga sembahyang 5 waktu.
2.. Banyak bersedekah.
3.. Banyak membaca Al Quran.
4.. Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalkan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu – domba.
4.. Mejaga Kencing.
Wednesday, August 25, 2010
IMPIAN HIDUP AKU YANG BELUM TERLAKSANA.. DAN PASTI AKU MENUNTUTNYA YA ALLAH
Recent Items → Un-categorized Item in Store → IMPIAN HIDUP AKU YANG BELUM TERLAKSANA.. DAN PASTI AKU MENUNTUTNYA YA ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment