Wednesday, August 25, 2010

CINTA DAN AIR MATA PENGORBANAN

63 PETUA BAHAGIA DR FADHILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan..

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.


____________________________________________
ISTILAH RUJUK DALAM PERKAHWINAN

Hukum Rujuk

Rujuk dalam Ugama Islam bermaksud kembali semula kepada perkahwinannya yang asal dalam masa Idah setelah diceraikan oleh suaminya dengan talak Raj’ie(yang diceraikan dengan talak satu atau dua sahaja).

Hukum Rujuk adalah mengikut perubahan sebab dan keadaan ketika talak dilafazkan yaitu Wajib rujuk apabila suami telah menceraikan isterinya pada masa nifas atau haid, kerana dikira sebagai Talak Bid’ie.

Sunat Rujuk bagi memperbaiki semula hubungan suami isteri, tidak menyakitinya dan menghilangkan rasa kesunyian.

Rujuk hukumnya Harus jika rujuk yang hendak dibuat itu hanya kerana nafsu dan keinginan kepada isterinya. Bukan tujuan mahu perbaiki hubungan suami isteri.

Makruh untuk rujuk apabila hukum Talak itu Sunat, yakni contohnya jika isterinya bermulut celupar pada jiran atau mertua dan suami menceraikan dengan sebab celuparnya.

Haram Rujuk hukumnya jika Talak itu hukumnya wajib.Yakni jika isterinya seorang yang buruk perangai, setiap ajaran teguran yang baik tidak memberi berkesan.

Selain itu, Rujuk yang dilakukan tanpa memaklumkan kepada isterinya adalah Sah seperti juga Talak yang dijatuhkan dengan suka tanpa pengetahuan isterinya.


____________________________________________________
TALAK DAN EDAH ISTERI

TALAK DALAM ISLAM

Adapun secara umumnya maksud Talak itu cerai atau pisah, iaitu memutuskan ikatan perkahwinan dengan lafaz yang tertentu.

Talak pada syarak mengikut Fuqaha’ Shafi’e yakni Melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau sebagainya. Mengikut Fuqaha Hanafi yakni memutuskan ikatan perkahwinan dengan serta merta dengan Talak Ba’in atau dalam satu tempoh masa dengan Talak raj’ie dengan lafaz yang tertentu. Mengikut Fuqaha Maliki yakni merungkaikan ikatan yang sah kerana perkahwinan.

Dengan lafaz talak sama ada menyebutkan atau tidak nama isterinya itu maka putuslah hubungan suami isteri antara keduanya dan haramlah mencampuri. Sahnya talak dengan sedar maksud kemahuan dan suka hatinya si suami tatkala melafazkannya.

Contoh lafaz talak ‘aku ceraikan kamu dengan talak satu’

Jatuh talak jika dilafazkan oleh orang yang mabuk kepada isterinya. Akan tetapi tidak sah talak daripada orang yang gila, kanak-kanak, dipaksa atau daripada orang yang tidur yakni mengigau.

Haramlah perempuan itu bagi lelaki yang mentalaknya tiga secara berturut atau sekaligus untuk selama-lamanya melainkan menikahinya semula setelah perempuan itu menikah dengan lelaki yang lain dulu dan dicerai oleh lelaki tersebut dan habis idahnya.

Jenis talak mengikut sunnah terbahagi kepada dua; Talak Sunni ,Yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang telah dicampuri tetapi masih belum mengandung juga bukan kanak-kanak dan orang tua yang sudah putus haid.Talak dijatuhkan semasa isterinya dalam keadaan suci dan belum dicampuri diwaktu haid sebelumnya.

Talak Bid’ie yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang telah dicampuri. Sama ada pada waktu haidnya atau di waktu suci tetapi telah dicampuri di dalam haid sebelumnya. Selain itu sesetengah ulama berpendapat ada talak tidak dikira sunni atau bid’ie yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang belum dicampuri, atau isteri yang telah putus haid atau isteri yang sudah mengandung dari perkahwinan yang sah atau isteri yang masih kecil belum kedatangan haidnya.

Talak adalah kuasa suami, merupakan suatu perkara yang halal dalam islam tetapi ia perkara yang paling sangat dibenci oleh Allah SWT. Sebaiknya suami hedaklah banyak bersabar menghadapi kerenah isteri dan jadikan dirinya sebagai contoh tauladan yang baik sebagai ketua keluarganya.

IDAH WANITA

Allah swt menetapkan bahawa isteri yang diceraikan berhak mendapat tempat tinggal di dalam masa idahnya kecuali jika menderhakai suaminya. Suami atau sesiapa yang lain tidak berhak menghalau dari mendiami rumah yang didiami bersama suaminya. Isteri pula tidak boleh keluar kecuali atas sebab keperluan yang sangat penting.

Terdapat tiga jenis Idah iaitu; Idah Quru’ yakni yang diambil kira dari pusingan haid atau sucinya.Mengikut Mazhab Syafi’e pendek idah wanita yang biasa didatangi haid adalah 32 hari (Kiraan dengan 3 kali suci) dan lebih sedikit bergantung pada keadaan seseorang itu. Kerana sependek-pendek haid adalah sehari semalam iaitu 24 jam, manakala sependek-pendek tempoh suci dari haid adalah selama 15 hari.

Terdapat dua jenis bagi yang beridah dengan kiraan bulan. Yang pertama adalah mereka yang belum didatangi haid. Seperti kanak-kanak yang belum baligh atau sudah mencapai 15 tahun tetapi belum didatagi haid, atau wanita yang sudah putus haidnya dan tidak mengandung. Bagi mereka tempoh idahnya ialah 3 bulan mengikut kiraan bulan islam. Yang keduanya, Bagi wanita yang tidak hamil dari perkahwinannya yang sah dan kematian suaminya idahnya ialah 4 bulan dan 10 hari. Idahnya bermula dari tarikh kematian tersebut walaupun yang masih didatangi haidnya.

Idah mengandung adalah bagi wanita yang hamil dan bercerai dengan suaminya sama ada sebab talak, fasakh atau kematian suaminya. Idahnya adalah sehingga wanita tersebut melahirkan anak.


_____________________________________________________
HAK ISTERI DALAM IKATAN PERKAHWINAN

KHULUK

Dari segi bahasa bermakna cabut atau tanggal.
Dari segi syaraknya Isteri menuntut cerai kepada suaminya dengan bayaran tertentu sebagai gantirugi.
Khuluk juga dikenali sebagai ‘Tebus Talak’.

Harus meminta khuluk dari suami oleh isteri, bila mana rasa tidak sesuai yakni jika keadaan suami tidak mengizinkan seperti kekurangan ilmu hal agama, tua, lemah ,perangainya atau sifat dalamannya yang boleh membawa isteri itu salah laku dan melakukan dosa dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya.

Khuluk mestilah dibuat atas dasar bersama yakni persetujuan rela hati suami isteri dan bukannya secara paksaan.

Isteri yang meminta khuluk jatuh padanya dengan Talak Ba’in yakni perlu akad nikah yang baru jika ingin Rujuk semula.

FASAKH

Maksud dari segi bahasa adalah batal, terlerai.
Dari segi syaraknya bermaksud Permintaan isteri bagi membatalkan (nikah) perkahwinannya dengan kuasa Kadi.

Diantara sebab isteri yang di bolehkan memohon Fasakh dimahkamah syariah adalah seperti;

kerana suami suka melakukan maksiat,
menghilang diri bagi tempoh lebih 3 bulan,
murtad,
menghidap penyakit berbahaya Aids contohnya,
suami suka memukul lebih dari yang sepatutnya(mendera),
tidak memberi nafkah zahir batin dan nafkah untuk anak,
suami mengahwini wanita yang lain yang masih dalam idah suaminya,
suami berkahwin dengan muhrimnya dalam satu masa dengannya.

Isteri yang meminta Fasakh perlu ber akad nikah yang baru semula jika ingin rujuk.


________________________________________________
PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Di dalam suatu ikatan perkahwinan;

KEWAJIPAN SUAMI

- membayar mahar.
- adalah sebagai ketua pemimpin tulang belakang bagi keluarganya.
- menggauli isteri dengan cara yang baik.
- hendaklah memberi nafkah (makan, minum, pakaian dan pendidikan) mengikut kemampuan untuk isteri dan anak-anaknya.
- perlu menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk keluarganya.
- berhak menegah isteri dari bermusafir tanpa mahramnya bersama.
- berhak menghalang isteri keluar rumah jika menunjukkan aurat dan perhiasannya kepada orang lain.
- mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menjadi baik.
- bersikap adil terhadap semua isteri jika berpoligami.

Surah annisa ayat 34 : ‘ Apabila seseorang isteri mulai kelihatan tanda akan menderhaka suami, hendaklah diperbetulkan melalui 3 peringkat; pertama, beri nasihat dan petunjuk. Kedua, hendaklah tinggalkannya dari tidur bersama-sama. Ketiga, jika tidak berjaya suami berhak memukulnya dengan pukulan yang tidak mencederakannya.

KEWAJIPAN ISTERI

- hendaklah sentiasa menjamin keselamatan rumahtangga suaminya dan tidak membenarkan lelaki lain masuk ke rumah tanpa izin suaminya.
- bertanggungjawab menjaga ketenangan, kehormatan maruah dan harta benda suami.
- hendaklah mengurus rumah dengan baik.
- tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya melainkan tujuan yang dibenarkan oleh syarak seperti menziarahi kedua ibubapanya.
- hendaklah mentaati suaminya selagi tidak menyuruh melakukan maksiat, kejahatan dan larangan Allah.
- meminta izin suami sekiranya ingin berpuasa sunat.

HAK BERSAMA

- mendalami ilmu Fardu Ain
- berbincang bersama dan mencapai kata sepakat dalam semua perkara.
- jujur dan saling memaafi.
- tolong menolong bagi hal kebajikan.
- Solat berjamaah sekeluarga.
- menghormati dan mengeratkan silaturrahim bagi kedua pihak dan mertua.

HIKMAT PERKAHWINAN

- Melahirkan ketenteraman jiwa.
- Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang.
- Menjauhi dari terjerumus ke lembah maksiat dan perzinaan.
- Melahirkan zuriat yang baik dan bersih


_______________________________________________________
PERNIKAHAN MENURUT ISLAM

SUSUNAN WALI yang harus kita ketahui iaitu:

bapa,
Datok sebelah bapa ke atas,
saudara seibu sebapa,
anak saudara lelaki sebapa hingga kebawah,
anak saudara lelaki seibu ke bawah,
saudara sebapa,
juga wali hakim yakni sultan ataupun gantinya.

Wajiblah bagi kita mengikut tertibnya yang mana lebih hampir dengan susunan itu.

Adapun Mahar yakni maskahwin adalah wajib bagi suami memberikan kepada isterinya. Maskahwin itu mestilah ada nilai atau berharga, Sama ada tunai atau tertangguh, Seperti berupa barang atau ayat suci Al-Quran mengikut yang termampu akannya.

3 perkara sahnya maskahwin itu apabila telah bercampur suami istri atau ditetapkan oleh suami ke atas dirinya ataupun telah ditetapkan oleh Hakim yakni Sultan ataupun wakilnya.

Adalah disunatkan maskahwin disebutkan semasa akad dilangsungkan,
Juga sunat dibaca maskahwinnya oleh jurunikah sama ada dibaca oleh wali ataupun pengantin lelaki ataupun orang yang lain.Maskahwin akan gugur separuh jika bercerai sebelum suami isteri bercampur.

NIKAH

Nikah bertujuan menghalalkan hubungan kelamin dengan kaedah dan syarat tertentu dalam bentuk yang kekal untuk memelihara kehormatan diri, melaksanakan tuntutan agama dan mewujudkan ikatan kasih sayang suami isteri disamping meramaikan zuriat.

Adalah nikah dari segi bahasa iaitu berhimpun, berkumpul ataupun bercantum.Manakala dari segi syaraknya iaitu suatu aqad yang dilakukan bagi membolehkan seorang lelaki dan perempuan hidup bersama sbg suami istri yang halal.

Terkandung didalam ‘Aqad’ itu ada 2 iaitu ‘Ijab dan Qabul.’Ijab’ adalah dari pihak wali perempuan ataupun org lain yang mewakilinya.Manakala ‘Qabul’ pula adalah dari pihak lelaki yang mewakilinya.

Jika kita rujuk pada surah An-Nisaa ayat yang ke 3 ini, dapatlah kita lihat dalil yang mensyariatkan nikah ini iaitu Maka kahwinilah olehmu perempuan yang(kamu rasa) membawa kebahagiaan bagi kamu,dua, tiga, ataupun empat, tetapi jika kamu takut(memikul tanggungjawab),bahwa kamu taidak akan dapat berlaku adil, cukuplah satu sahaja.

4 Hukum Nikah telah dikemukakan oleh para ulama, walaupun pada asalnya adalah Sunat sahaja kepada kita menurut jumhur ulama termasuk imam Syafie.

Yang Pertama adalah Sunat jika cukup mampu dan berkeinginan. Amatlah dianjurkan jika berkehendak dan tidaklah dimurkai jika tidak dilakukannya , kerana tak berhajat ataupun kerana sudah tua.

Yang Kedua adalah Makruh jika tak punyai keinginan oleh sebab sesuatu, seperti sakit atau lemah kerana terlalu tua.Samaada telah cukup ataupun tidak belanjanya.

Yang Ketiga adalah Wajib bagi yang kuat nafsu. Jika tidak berkahwin akan melakukan zina dan maksiat.

Yang Keempat adalah Haram bagi yang yakin tak akan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami ataupun berniat untuk menyakiti pasangannya.

RUKUN NIKAH itu terbahagi kepada 5.

Yang Pertama, mestilah ada bakal suami/pengantin lelaki. Dengan syarat bakalnya itu bukanlah daripada kalangan Muhrimnya, Tidak dipaksa untuk berkahwin, bukan sedang beristeri empat dan dia mestilah mengetahui akan halnya akan bakal isteri yang akan dikahwininya. Juga dia bukan dalam berihram.

Yang Kedua juga mestilah ada calon bakal isteri/pengantin perempuan, Juga bukan yang daripada kalangan Muhrimnya, Juga bukanlah ia di dalam nikah orang lain yakni yang belum dicerai dan habis edahnya.

Yang Ketiga, mestilah ada Wali dan Saksi bagi pihak perempuan. Dengan syarat mereka mestilah Islam,merdeka,baligh yakni cukup umur,tidak buta /pekak, adil dan faham akan bahasa yang digunakan semasa ‘Ijab’ dan ‘Qabul’.Serta Wali tidak berada dalam ihram.

Yang Kelima, adanya Akad Ijab dan Qabul. Adapun syarat bagi ijab dan Qabul itu hendaklah tidak diselangi dengan perkataan lain antara keduanya, juga tidak diselangi dengan diam yang panjang, mestilah didengar oleh para saksi lafaznya, Juga bukan lafaz takliq yakni terikad dengan sesuatu.


_____________________________________________________________________
RENUNGAN UNTUK BAKAL ISTERI DAN ISTERI

Buat para suami dan bakal suami sila beritahu pada isteri dan bakal isteri……

Renung-renungkan dan selamat beramal…

” Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. ” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: ” Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan .” Aku bertanya, ” Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? “

Baginda menjawab, ” Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. “

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, ” Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. “

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumahtangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: ” Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? “

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah.. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: ” Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. “

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua… insya’Allah..

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT

0 comments:

 

2013 © NO DAY | BUT TODAY

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host